Tuesday, August 5, 2014

ANGIN / GASTRIK / PEDIH ULU HATI....Penyelesaian terbaik buat anda!

Musim raya meriah lah dengan undangan open house. Saya suka sangat bertandang ke open house kalau dijemput lah. Masa kerja dulu-dulu selalu dapat invitation open house syarikat-syarikat korporat. tentunya kat hotel2 terkenal lah. makan memang tak hengat punya lah, semua bedal.

Ingat lagi kejadian berlaku waktu raya dan puasa 2 tahun lepas! sejak lepas bersalinkan Deedat yg kini berumur 2 tahun, saya mengalami masalah 'angin'. teruk jugak lah masalah ni. bila makan makanan salah jer saya akan rasa berat kat belakang (kat belikat) atau perut ni mcm mengeras. Rupa2nya saya tak leh makan benda2 yg sejuk2 (saya sendiri tak tahu benda apa yg sejuk) dan saya takleh makan pulut (haihhh rugi dowh takleh makan ketupat pulut dan lemang, favourite ni). Lepas makan makanan ni jer, badan rasa sangat tak selesa dan hampir pengsan.

Pernah saya nak pengsan kat rumah sepupu saya bila saya dan keluarga pergi beraya dan saya makan Laksa Kelantan yang sememangnya sangat sedap kan. Lepas makan jer terus rasa macam nak berak dan takleh bernafas. Yang ni berlaku masa saya baru je lepas pantang Deedat. Malu gile nak pengsan rumah orang. Masa ni lah saya detect sesuatu tak kena dengan saya.

Lepas pada kejadian tu, selalu masalah 'angin' ni akan berlaku kalau salah makan. Sampailah satu hari tu saya  cuba ESP utk kecantikan kulit dan diet la sbb ESP ni mengenyangkan dan dapat membaiki sel2 badan kita. Saya juga amalkan Ostematrix setiap hari utk sumber kalsium bagi tulang dan gigi, juga utk hilangkan lenguh2 badan. Program ziarah menziarah di musim raya ni kan menlenguhkan dan memenatkan. Bila makan Ostemarix ni, ia akan membantu kita utk dapat tidur yg berkualiti dan otot kita rehat sepenuhnya ketika tidur. Tu yang siang hari bila bukak mata pun senang, cergas jer.

Lama-lama lepas amalkan 2 vitamin ni, masalah 'angin' dalam badan ni makin jarang2 berlaku. Mula2 tak perasan, tapi lama2 bila saya google kebaikan 2 vitamin ni baru saya perasan. Tapi kalau saya makan lebih2 mcm 3 hari lepas saya masak kubis masak air, saya makan gitu jer tanpa nasi sbb mcm sedap sangat. Syok sendiri ler pulak puji masakan sendiri....tapi sedapla kot sbb anak sedara pun cakap sedap! hehehe... Malam tu lepas makan kubis, 'angin' terus serang kat perut. Saya jadi takleh tidur mengiring atau terlentang...senak sangat2. Minta tolong suami urutkan...biasalah sambil urut sambil membebel marah2 sbb dah tahu takleh makan, makan jugak. Adehhhh, mana ku tahu masalah ni akan dtg lagi sbb dah lama bebenor tak dtg...hampir setahun kot bebas 'angin'...Nasib lepas urut, dah keluar angin semua dari bawah dari atas... lega lepas tu, tapi sampai ke pkl 4 or 5 pagi jugaklah mata terkebil2 takleh tidur...dok sendawa2 jer...

Baiklah kita tengok apa kebaikan ESP dan Ostemarix ni yer...

ctz&partners
sedap minum sejuk2... saya biasa tambah ais dan minum gitu jer. boleh jugak nak campur dgn jus buah atau milo. tapi takleh bancuh dengan air pansa.
KEBAIKAN ESP
  1. rendah lemak dan tanpa kolesterol
  2. Protein yg lengkap (mengandungi 9 asid amino yg penting utk fungsi badan)
  3. membantu pembentukan sel-sel baru dan membaiki sel-sel rosak
  4. memberi rasa kenyang lebih lama (sesuai utk pengurusan berat badan)
  5. merupakan sumber protein yang tinggi dgn sifat alkalinya yg dpt meneutralkan keasidan dalam perut (ni yg bagus utk orang gastrik)
  6. di proses menggunakan air bagi memelihara kandungan isoflavone. Isoflavone membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imun tubuh, memeliharaa kesihatan jantung dan banyak lagi...
  7. merangsang regenerasi kulit dan otot. menjadikan kulit lebih berseri dan anjal
  8. untuk ibu hamil - membantu dalam perkembangan fetus dan menguatkan rahim
  9. ibu menyusu - membantu dalam memberikan nutrisi lengkap dan memekatkan susu untuk baby rasa kenyang lebih lama.

Kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D dan Magnesium yang boleh meneutralkan asid yang menyebabkan pedih ulu hati.

Apa kata mereka yang pernah alami gastrik...




Klik sini utk order yer: -Set Gastrik / Pedih Ulu Hati/ Angin
Atau hubungi saya: - SITI / 0123736304 - SMS / WHATSAPP

Friday, August 1, 2014

GLA Complex Shaklee bantu masalah gatal/ekzema/inflamasi kulit

Saya sangat-sangat syukur lah kenal dgn shaklee dan amalkan GLA Complex ni. Masalah ekzema yang saya hadapi berbelas tahun lamanya boleh hilang hanya dengan 2 botol GLa saja. Sangat gila dan menakjubkan. Betulla kata orang, kalau hormon dah tak betul, macam2 masalah timbul. Masalah saya ekzema nilah.
Pernah sbb tak tahan sangat, saya pergi jumpa bomoh...bomoh hembus2 dgn air sirih bagai...tak jadi apa pun. Bomoh tu kata, 'sakit gatal laguni bulih hile bilo tanah meroh dok atas badan (mati maksud dia). Gila kan? Seolahnya dia kata sakit gatal saya ni takkan hilang sampai mati.

Pernah juga saya jumpa doktor, bertahun2 la makan ubat klinik. Nama ubat alahan tu 'Pred' kena telan dan krim utk sapu. 'Pred' tu buat kita rasa ngantuk dan berselera makan jadinya. Tak sanggup aku weh naik berkilo-kilo. Lapar, tido, lapar, tido...gemuk lerrr. Pastu saya stop. Bomoh tradisional stop, doktor stop.
Kegatalan ni akan jadi lebih teruk kalau saya makan seafood. Tapi apapun jadi, saya tetap makan. Sotong tu favourite, takkan nak tengok org makan jer...heee tak sanggup hidup dlm kerugian. Hahaha...i love food...ceehhh.

Lagi satu gatal ni akan teruk, kalau saya terpaksa siang ikan/ayam/daging. Lepas buat kerja2 ni, megheyammm lerr...seksa jiwa raga rasanya. Korang yg pernah alami ni tahulah apa perasaanku... melankolik dah ni:)

Lamaaaaa sangat masalah ekzema ni melanda saya, rasanya sejak tahun 2000. Dan akhirnya selesai masalah saya bila saya kenal Shaklee 2 tahun lepas. Saya amalkan GLA Complex dan ESP (energizing Soy Protein). Sebenornya, saya makan ni utk cantikkan kulit, sekali dpt bonus berganda ganda masalah gatal ni hilang. Suka hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Kulit muka tak kusam, tambah puih, jerawat takde....masalah ekzema/gatal pun settled. Owh hormon, kalaulah ku tahu pasal2 vitamin ni, dah pasti tak lama aku derita 'kegatalan'. Kannnn? Sape sanggup berbelas tahun derita.

Inilah testimoni saya sendiri. Sekarang ni saya aktif sharing dgn orang mengenai effect terbaik vitamin2 Shaklee ni. 

ctz & partners
gatal merah-merah di tepi tangan kanan dan pergelangan side dalam tangan kanan. sekarang dah takde lagi.  
kulit muka dulu sangat2 kusam dan gelap. sekarang ni tak mekap pun boleh bila nak keluar rumah!

Sekarang ni saya aktif sharing dgn orang mengenai effect terbaik vitamin2 Shaklee ni. Memang mengubah hidup saya. Bukan saja dari segi kesihatan, malahan juga taraf kehidupan. Tak perlu berkira2 dan berjimat2 sangat bila nak berbelanja. Àlhamdulillah.

Jika anda mengalami masalah yang sama, bolehlah cuba GLA Complex dan ESP. Hubungi saya 0123736304 (siti) untuk order.

Monday, July 21, 2014

Saya dan Kerja-kerja Bantu Orang...

Lepas SPM tahun 1996, saya mengikuti Kursus Kecantikan di Silvana Cosmetic kat Jalan Genting Klang. Isteri kepada saudara boss arwah ayah saya nak bukak saloon dan dia cari pekeja. Tak fikir panjang, saya ikut je dia. Tapi saya tak teruskan bidang ni sbb bukan minat saya. Saya tak reti lah nak cantik-cantik. Sempatla belajar buat facial... sempat facial muka Sha'ari Amri lagi (Penulis lagu terkenal waktu tu). Geli aku facial muka lelaki sebab misai tajam-tajam baru nak tumbuh tu...erkkkk!

Saya lari dari sini, sempatlah kursus 3 bulan kot, sijil pun tak amik sbb orang tu yang bayarkan kos pun. Saya balik kampung. Awal tahun 1998, saya datang balik ke KL, tinggal dgn kakak dulu waktu tu. Dapat kerja dengan sebuah company kecik TRS Padu Sdn Bhd di Sri Gombak, tahan 6 bulan. Aduhh lemau gila...g kerja tidur jer. Kerja receptionist la konon, jarang-jarang je pun call masuk. Gaji waktu ni RM450. Kadang-kadang potong iklan surat khabar yang pasal tender-tender kerajaan. Boss pun kurang ajar, suka ngata orang kelantan suka tidur, padahal bini muda dia pun orang kelantan...cehhh. Dah takde keje, aku tidur la...

Bulan 8, 1998 bermulalah karier saya dengan NGO. Saya dapat offer kerja di Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur. Mula dengan kerja sebagai Receptionist, pastu naik pangkat ke Program Coordinator. Kerja saya membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan peguam sukarela untuk mereka. Saya pernah jaga fail Syariah (kes perceraian, hak jagaan anak, nafkah dan sebagainya), saya pernah jaga fail Pekerjaan (orang kena buang kerja), saya pernah jaga fail Jenayah dan fail kes-kes Sivil. Banyak sangat pengalaman saya dapat. Pernah saya ditugaskan ke Penjara Sg Buloh untuk program bersama Pelatih Dalam Kamar, interivew sorang OKT (Orang Kena Tuduh) ni, kes dia ialah dia tikam isteri dia. Kusyuk dengar cerita dia nape dia buat gitu...siap baca yassin dua tiga kali, isteri dia tak mati-mati katanya. Kes cemburu budak-budak muda la nih. Sampai sekarang ingat lagi. Tak tahu apa jadi dgn OKT ni. Masa jaga kes Syariah pun banyak saya belajar tentang hak-hak wanita. Dapatla bantu mangsa-mangsa kekejaman seorang suami ni dapatkan hak dia. Pernah dengar luahan seorang isteri yang didera dan susah sangat nak bercerai, pernah dengar kes ibu tak dapat jumpa anak, macam-macam lah kes keluarga yang boleh kita belajar darinya. Last saya jaga kes Jenayah, macam-macam kes. Saya bertahan kat sini 10 tahun. 

Februari 2008, saya terima tawaran MERCY Malaysia sebagai Compliance Officer. Selain nak tukar angin, cari pengalaman baru dan offer lebih, saya nak kerja dengan MERCY Malaysia sebab pada saya kerja ini lebih murni. Saya boleh bantu ramai orang di seluruh dunia. Dari Compliance Officer saya di pindahkan ke Jabatan Kutipan Dana. Dapatlah jugak pergi ke tempat program di Cambodia, Perkampungan Orang Asli di Johor dan di Perak Saya tak terlibat dengan misi-misi bantuan, tapi kerja saya kena cari duit atau dana sebanyak mungkin untuk misi-misi bantuan. Kerja tidak kira waktu, walaupun office hour adalah dari 9-6, tetapi mesti ada terlibat dengan event-event hujung minggu. Kalau ada bencana, lagi lah 'Operation: 24 jam. Pendek kata berkampung la kat ofis. Bertemu ramai orang termasuk tokoh-tokoh korporat, individu-individu yang baik hati dan pengalaman dalam menganjurkan event bagi saya pengalaman yang amat bermakna. 

Projek di Cambodia...

Lepas 6 tahun, saya resign untuk satu lagi misi membatu lebih ramai orang dalam menyelesaikan masalah hidup dan kekangan kewangan bersama SHAKLEE PRODUK. Pada saya dengan Shaklee saya akan dapat bantu orang sihat, bantu orang ubah cara hidup ke arah lebih baik juga dapat bantu orang dalam masalah kewangan. Saya percaya semua orang nak dapat duit lebih. Lagi-lagilah hidup di bandar KL ini semuanya perlukan duit, tambah pulak perbelanjaan keluarga makin meningkat, tarap hidup makin meninggi, kita makin terdesk untuk bagi keselesaan dan bagi yang terbaik untuk anak-anak. Paling penting kesihatan keluarga dan pembelajaran anak-anak. Saya nak bagi yang terbaik untuk anak-anak saya. Kalau boleh nak elak diaorang belajar dengan pinjaman PTPTN. Saya tengok ramai student graduate yang mengeluh dgn PTPTN. Yelah, baru keluar bekerja dah ada hutang menunggu. Biarlah dijauhkan dari anak-anak saya. Orang kata kalau dapat biasiswa kerajaan nanti terikat pulak dengan kerajaan. haihhh...

Teruja dengan Visi dan Misi Shaklee, saya nekad jelah letak jawatan dan buat bisnes Shaklee bermula dari Julai 2012. Tapi saya mula fokus pada Januari 2013. Alhamdulillah, ramai ahli-ahli grup saya yang terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk suri rumahtangga, guru, kerani dan dari bidang professional yang lain teruja dengan pendapatan mereka dalam bisnes Shaklee. Ramai yang bercita-cita seperti saya untuk bekerja dari rumah dgn bisnes Shaklee nak jaga dan lihat anak-anak membesar depan mata, ada yang kena ikut suami bekerja dan perlukan income untuk perbelanjaan diri.

Visi Shaklee...

Misi Shaklee

capcirles
Ahli-ahli grup saya yang berpendapatan 4 angka. Ada suri rumah sepenuh masa dan bekerja (Shaklee part time) dan tinggal jauh kat Johor pun ada (2 orang)... Mereka dapat award masa National Conference 2014 di Sunway Convention

Bukan takat bantu orang dengan bagi pendapatan sahaja, ramai juga customer berpuashati dengan vitamin-vitamin shaklee, dapat bantu mereka pulih dari sakit mereka dan paling glemer dapat bagi mereka gebu, kulit cantik, kurus, pulih dari ekzema dan banyak lagi la yang baik-baik aja...

Inilah antara ceritera saya dan kerja bantu orang selama saya terlibat dalam proses berdikari di kotaraya besar ni. Puas hati bantu orang melalui bisnes, lagi banyak kita bantu, lagi banyak kita dapat. Kita juga boleh buat amal lebih dengan sedekah-sedekah pada orang yang tidak mampu. Banyak duit banyak la sedekah kan???

Nak join saya dengan kerja-kerja bantu orang, hubungi lah saya bila-bila masa sahaja yer.

012.3736304
SITI
Pengasas Ctz & Partners, Beyond Millionaires
















Sunday, July 13, 2014

VIVIX - Penemuan dalan anti-penuaan

SHAKLEE telah memperkenalkan VIVIX, produk suplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertaruangan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol telah pun dijual.
VIVIX merupakan suplemen anti-penuaan terbauk didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh SHAKLEE, Syarikat no. 1, suplemen makanan di Amerika.
Didalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular.


4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELULAR

1). Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. 
RAMUAN VIVIX MELINDUNGI DAN MEMPERBAIKI SELULAR DNA

2). Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada diteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular. 
Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong meambatkan penuaan tahap selular.

3). Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan, Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.
Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4). Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan VIVIX adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine' untuk melambatkan protein AGE


Jika anda ingin mencuba anti-penuaan yang dipercayai ramai ini, boleh hubungi saya: -

0123736304 (SMS.WHATSAPP)
SITI
ctzibrahim@gmail.com



Tuesday, July 1, 2014

KES ROMPAK... JANGAN SAMPAI MASYARAKAT HILANG KEPERCAYAAN PADA PDRM!

Pada 26 June 2014 (Khamis), pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh jiran sebelah rumah En. Yusri pada  pkl 2.16 pagi. Masa ni kami semua tidur di tingkat atas. Saya terdengar bunyi 'vibrate' dari handphone suami saya berkali2. Terlihat saja nombor jiran, saya terus kejutkan suami.

Tak lama bercakap, suami melompat ke beranda dengan menyebut 'ALLAHU'AKBAR'. Dia bergegas turun, saya ikut dari belakang. Terperanjatnya tengok pintu rumah terbuka, pintu pagar terbuka dan kedua-dua kereta kami hilang, diambil perompak. Perompak tu jugak merembat TV LED 60' yang baru saja saya beli juga dompet suami saya berisi duit RM480 (Separuh darinya duit yang customer bayar utk order vitamin).

Jiran bagi no telefon balai Gombak. Lepas tu Suami keluar dengan motor utk ke balai polis Batu Caves. Tak lama, suami datang bersama-sama dua kereta peronda. Polis2 berbincang. Katanya mereka telah buat hebahan. Mereka berpecah utk mencari ke tempat berhampiran.

Dua kereta peronda sampai pkl 2.45 pagi

Saya jadi tak tentu arah. Kenapa perompak amik kedua-dua kereta? Macam tak percaya. Malam tu saya tidur agak lambat. Saya naik ke atas dalam pkl 1230 tgh malam. Suami memang tidur awal sbb kepenatan katanya. Biasanya suami tidur lambat. Kalau pun dia tidur awal, dia akan curi-curi turun ke bawah bila saya sudah tidur. Tapi tidak malam itu. Dia tidur dengan nyenyaknya.

Bila saya naik atas,saya tidak terus tidur. Saya ralit ber'whatsapp' dalam grup bisnes. Iyer, saya dengar bunyi pintu pagar kuat, tapi saya ingat itu pintu pagar rumah jiran. Kebiasaannya En Yusri balik lewat sbb dia kerja shift. Saya juga dengar alarm kereta suami saya berbunyi, saya sangka bunyi itu dari kereta honda jiran depan rumah kerana sememangnya bunyi sama. Tak lama lepas tu saya dengar bunyi kereta sgt kuat, saya sangka itu kereta dari atas.

Rupa-rupanya apa yg saya dengar semuanya dari rumah saya sendiri. Subhanallah... Perompak masuk melalui gril tingkap. Dia bukak nat2 gril dan masuk dari situ. Mereka jumpa kunci-kunci kereta dan kunci rumah yang saya simpan di dalam laci almari kasut berada ditepi pintu.

Kerugian yang saya alami lebih kurang RM220k (2 buah kereta Honda iaitu Honda Euro R dan Honda Stream Rsz, TV LED 60' Toshiba, Dompet suami, Laptop Sony Viao (dalam Honda Stream), 3 spek hitam suami jenama Rayban dan Timberland.

Oh yer, peronda polis yang datang bagitau kami untuk buat report esok pagi dan bawak geran kereta original. Suami saya juga bagitau, pegawai polis yang bertugas di Balai Batu Caves juga bagitau perkara sama, buat report esok pagi bawak geran original kereta.Bila pergi report esoknya di Balai Gombak, pegawai polis check rekod panggilan yang dibuat pagi tu. 

Dari Balai Gombak, kami diminta berjumpa Investigation Officer (IO) di IPD Gombak di Selayang. IO yang ditugaskan mengambil kes saya ialah Inspektor Ngooi. No Report GOMBAK/005265/14. Semasa berada di IPD Gombak, beberapa pegawai polis bagitau kenapa tak terus datang buat report pagi tadi? Suami saya bagitau la apa yang pegawai peronda dan pegawai polis di Batu Caves bagitau.

Report Police GOMBAK/005265/14

Pegawai polis datang amik cap jari di tingkap, tapi mengikut kata IO, cap jari tersebut tiada dalam rekod JPN. Pastu apa lagi PDRM boleh buat? Tiada apa-apa berita pun lagi. Dari 26 June 2014 hingga hari ini (2 July 2014) tangkapan masih belum dibuat. Saya masih menunggu dan menunggu.

Pada 26 June, pukul 11 malam, saya dapat call dari seorang lelaki dari JB yang mendakwa melihat kereta saya pada pukul 2.15 petang di depan plaza angsana, Johor. Pemanggil tu siap hantar gambar yang dia amik petangnya tu. Pemanggil tu tidak tahu yang kereta itu adalah kereta curi, dia amik gambar kerana minat dan suka. Memang, kereta suami saya Honda Euro R sangat cantik dan limited saya ada di Malaysia. Memang dalam kategori hot market lah. Pemanggil hanya sedar itu kereta curi bila dia bukak fb pada malamnya dan terus telefon saya. 

Pada pagi sabtu pula kawan saya yang berada di JB, bagitau terserempak dengan TAJ 810 di Jalan Pandan menuju ke Johor Town pada Jumaat petang semasa pulang dari kerja.  Pada hari Ahad, kawan kepada kawan saya bagitahu yang dia nampak TAJ 810 di Skudai. Pagi isnin, seorang sumber dari portal PEON JB bagitau ternampak di Desa Tebrau. Semua maklumat ini adalah SAHIH dan Semua maklumat-maklumat ini saya bagitau IO. Penyangak ini masih guna nombor plat yang sama. Sesungguhnya saya sangat hairan dan amat marah dengan PDRM kerana sampai sekarang mereka gagal memberkas perompak itu.

Di manakah letaknya kekuatan slogan polis 'BERSIH, CEKAP, AMANAH'? Sehingga sekarang tiada kabar mengenai kes saya. Mereka hanya tunggu kami bagi maklumat atau orang awam bagi maklumat baru nak bertindak. Kenapa tiada penyiasatan dibuat segera kerana lokasi kereta sudah diketahui. Kenapa???



Kereta-kereta yang dilarikan perompak adalah: -

1. HONDA ACCORD EURO R
    PLAT NO: TAJ 810
    KALER: PUTIH

2. HONDA STREAM RSZ
    PLAT: WWR 6004
    KALER: COKLAT

 Honda Euro R - TAJ 810 
 Gambar dari belakang yang di hantar oleh pemanggil dari JB. Pemanggil ni dari Kelab Honda ES. Terserempak di depan Jalan Angsana, JB

 Honda Stream Rsz - WWR 6004



Perompak masuk melalui tingkap ni. Mungkin malam tu tingkap ni tidak ditutup rapat 

Mangga masih disitu. Perompak membuka selak pagar sebelah kanan dan menolak dengan kuat hingga pagar terbuka walaupun mangga tidak dibuka. Kesilapan kami malam itu adalah tidak kunci pagar menggunakan rantai besi yang kelihatan itu

 Almari kasut ni berada di tepi pintu utama. Kunci-kunci semua diletakkan dalam laci nih

Tempat TV stand bersebelahan almari kasut

Saya mohon kepada anda semua, jika ternampak kereta-kereta saya, hubungi balai polis berhampiran dgn kadar segera dan boleh juga hubungi saya 0123736304 atau suami saya, Naem di 0173806004.

Tuesday, February 11, 2014

ATASI SEMBELIT KANAK-KANAK DENGAN MEALSHAKES

Saya ada pengalaman pasal ni, 2 anak saya alaminya. Kakak yang skrg umur 5 tahun, pernah alami sembelit yang sangat kronik, hingga ke doktor utk buang najis. Trauma dia dan saya tengok doktor korek buang najis yang sgt keras dan besar tu. Masa ni dia umur dalam 2 tahun. Dia memang susah sangat minum air kosong, memang taknak minum, kena paksa.

Mengikut doktor, salah satu punca sembelit dikalangan kanak-kanak adalah sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi.
ini lah Kakak, namanya Suci Asmirandha. Sekarang dah takde sembelit lagi:)

Lepas saya cerita dengan kawan sepejabat, dia cadangkan untuk mencuba MEALSHAKES. Saya tak berlengah, terus order dari dia. Saya campurkan satu scoop mealshakes dan susu dia, Alhamdulillah dia tak perasan ada campuran benda lain. Lagi suka minum susu lepas tu. Penat pulak, asyik2 susu...susu...susu.

MEAL SHAKES ni bagus kasi anak- anak sebab ianya rendah lemak dan rendah glisemik**. selain daripada itu, ianya tinggi serat (ramai dah ibu- ibu kasi anak mereka yang kerap sembelit, memang berkesan), dan sumber kalsium dan protein yang tinggi. ianya mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting. untuk anak- anak di bawah umur 4 tahun, tak perlu beri banyak pun, cukup setengah sudu beberapa kali seminggu. sangat menjimatkan! 


Inilah MEAL SHAKES yang sgt jimat. 4 bulan pun tak habis-habis lagi. Yelah bagi cuma 1 scoop, 3 kali seminggu jer! Berbaloi sangat-sangat.

Awal bulan ni, anak lelaki saya yang umur setahun setengah pulak tak berak 3 hari sebab takut. kami baru pindah, so dia ditempatkan di taska. Selama ni dia dengan pengasuh kat rumah orang je. Masa amik dari taska, sepanjang malam tu dia dok cakap 'nak yak, nak yak' tapi tak keluar, pastu jalan mengangkang, macam besar je najisnya. 

Kebetulan Meal Shakes memang sentiasa ada, esoknya saya campurkan satu scoop Meal Shakes dalam bekas bekal susunya. Petang masa amik dari taska, pembantu taska kata, Deedat dah berak. Saya tanya la mcm mana najisnya, keras tak? Pengasuh kata tak keras, macam biasa. Alhamdulillah, selesai masalah sembelit anak2 sampai sekarang.

Macam ni lah saya buat, campurkan 1 scoop Meal Shakes dalam bekas susu Deedat!

Ini pulak Deedat, usia setahun setengah...
sangat berselera makan, bagi la apa sahaja, semua dia makan!


Jika anda alami masalah sama macam saya, boleh cuba atasinya dengan Meal Shakes. 

HUBUNGI SAYA | Siti | 012 373 6004 | ctzibrahim@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.






Friday, March 1, 2013

Kulit Subur, Cantik, Halus, Gebu


Nak kulit cantik bukan senang....artis2 tu habis riban2 nak kelihatan cantik. Kita yang bertaraf retis ni boleh amalkan supplemen dgn harga mampu milik, janji cantik jugak.

Ada pernah terbaca, Datin Norjuma mengamalkan makan vitamin B complex setiap hari utk menjaga kecantikan wajah. Annuar Zain pun sama, mengamalkan vitamin/suplemen vit B complex, Vit E dan Vit C utk kecantikan dan awet muda. Mizz Nina sememangnya mengamalkan vitamin Shaklee utk menjaga kecantikan dan kesihatan. Begitu juga Ayu Raudhah, mengamalkan VIVIX utk kecantikan dan kesihatannya.

Saya percaya ramai org dh tahu mengenai kepentingaan vitamin di dalam kehidupan kita hari ini. Mari kita tengok fungsi-fungsi vitamin dibawah dalam membantu kesuburan kulit dan kecantikan kita.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP berfungsi sebagai makanan kepada sel2 badan kita. Sel2 badan kita ada berjuta2, ada antaranya dh tak sihat dan rosak. Sebab tu kita perlu minum ESP utk menambahbaik sel badan dahulu supaya bila kita amik suplemen/vitamin, badan kita senang menyerapnya. Jadi, effect keajaiban vitamin tu akan cepat.

ESP adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang lengkap dgn 8 asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino ni penting untuk membina otot, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

B Complex ni sifatnya adalah larut air, lebihan takkan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Sebab tu kita kena makan b complex setiap hari. Kekurangan atau kelebihan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Antara fungsi vitamin b complex adalah memastikan kesihatan saraf dan membantu meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan. Haaaa.....tiada tekanan, tiada jerawat! 

Satu kapsul vitamin E sehari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.

Vitamin C shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah). Ia mempunyai kemampuan utk meningkatkatkan keberkesanan vitamin c didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi dan radikal bebas.

Vitamin C juga berfungsi untuk merangsang pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit, mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat!

Untuk anda yang sangat mementingkan kesuburan dan kecantikan kulit, wajib amalkan set vitamin2 ini. 

Hubungi saya:

SITI 012 3736304
Pengedar Sah Shaklee





Search This Blog