Lepas SPM tahun 1996, saya mengikuti Kursus Kecantikan di Silvana Cosmetic kat Jalan Genting Klang. Isteri kepada saudara boss arwah ayah saya nak bukak saloon dan dia cari pekeja. Tak fikir panjang, saya ikut je dia. Tapi saya tak teruskan bidang ni sbb bukan minat saya. Saya tak reti lah nak cantik-cantik. Sempatla belajar buat facial... sempat facial muka Sha'ari Amri lagi (Penulis lagu terkenal waktu tu). Geli aku facial muka lelaki sebab misai tajam-tajam baru nak tumbuh tu...erkkkk!
Saya lari dari sini, sempatlah kursus 3 bulan kot, sijil pun tak amik sbb orang tu yang bayarkan kos pun. Saya balik kampung. Awal tahun 1998, saya datang balik ke KL, tinggal dgn kakak dulu waktu tu. Dapat kerja dengan sebuah company kecik TRS Padu Sdn Bhd di Sri Gombak, tahan 6 bulan. Aduhh lemau gila...g kerja tidur jer. Kerja receptionist la konon, jarang-jarang je pun call masuk. Gaji waktu ni RM450. Kadang-kadang potong iklan surat khabar yang pasal tender-tender kerajaan. Boss pun kurang ajar, suka ngata orang kelantan suka tidur, padahal bini muda dia pun orang kelantan...cehhh. Dah takde keje, aku tidur la...
Bulan 8, 1998 bermulalah karier saya dengan NGO. Saya dapat offer kerja di Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur. Mula dengan kerja sebagai Receptionist, pastu naik pangkat ke Program Coordinator. Kerja saya membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan peguam sukarela untuk mereka. Saya pernah jaga fail Syariah (kes perceraian, hak jagaan anak, nafkah dan sebagainya), saya pernah jaga fail Pekerjaan (orang kena buang kerja), saya pernah jaga fail Jenayah dan fail kes-kes Sivil. Banyak sangat pengalaman saya dapat. Pernah saya ditugaskan ke Penjara Sg Buloh untuk program bersama Pelatih Dalam Kamar, interivew sorang OKT (Orang Kena Tuduh) ni, kes dia ialah dia tikam isteri dia. Kusyuk dengar cerita dia nape dia buat gitu...siap baca yassin dua tiga kali, isteri dia tak mati-mati katanya. Kes cemburu budak-budak muda la nih. Sampai sekarang ingat lagi. Tak tahu apa jadi dgn OKT ni. Masa jaga kes Syariah pun banyak saya belajar tentang hak-hak wanita. Dapatla bantu mangsa-mangsa kekejaman seorang suami ni dapatkan hak dia. Pernah dengar luahan seorang isteri yang didera dan susah sangat nak bercerai, pernah dengar kes ibu tak dapat jumpa anak, macam-macam lah kes keluarga yang boleh kita belajar darinya. Last saya jaga kes Jenayah, macam-macam kes. Saya bertahan kat sini 10 tahun.
Februari 2008, saya terima tawaran MERCY Malaysia sebagai Compliance Officer. Selain nak tukar angin, cari pengalaman baru dan offer lebih, saya nak kerja dengan MERCY Malaysia sebab pada saya kerja ini lebih murni. Saya boleh bantu ramai orang di seluruh dunia. Dari Compliance Officer saya di pindahkan ke Jabatan Kutipan Dana. Dapatlah jugak pergi ke tempat program di Cambodia, Perkampungan Orang Asli di Johor dan di Perak Saya tak terlibat dengan misi-misi bantuan, tapi kerja saya kena cari duit atau dana sebanyak mungkin untuk misi-misi bantuan. Kerja tidak kira waktu, walaupun office hour adalah dari 9-6, tetapi mesti ada terlibat dengan event-event hujung minggu. Kalau ada bencana, lagi lah 'Operation: 24 jam. Pendek kata berkampung la kat ofis. Bertemu ramai orang termasuk tokoh-tokoh korporat, individu-individu yang baik hati dan pengalaman dalam menganjurkan event bagi saya pengalaman yang amat bermakna.
Projek di Cambodia...
Lepas 6 tahun, saya resign untuk satu lagi misi membatu lebih ramai orang dalam menyelesaikan masalah hidup dan kekangan kewangan bersama SHAKLEE PRODUK. Pada saya dengan Shaklee saya akan dapat bantu orang sihat, bantu orang ubah cara hidup ke arah lebih baik juga dapat bantu orang dalam masalah kewangan. Saya percaya semua orang nak dapat duit lebih. Lagi-lagilah hidup di bandar KL ini semuanya perlukan duit, tambah pulak perbelanjaan keluarga makin meningkat, tarap hidup makin meninggi, kita makin terdesk untuk bagi keselesaan dan bagi yang terbaik untuk anak-anak. Paling penting kesihatan keluarga dan pembelajaran anak-anak. Saya nak bagi yang terbaik untuk anak-anak saya. Kalau boleh nak elak diaorang belajar dengan pinjaman PTPTN. Saya tengok ramai student graduate yang mengeluh dgn PTPTN. Yelah, baru keluar bekerja dah ada hutang menunggu. Biarlah dijauhkan dari anak-anak saya. Orang kata kalau dapat biasiswa kerajaan nanti terikat pulak dengan kerajaan. haihhh...
Teruja dengan Visi dan Misi Shaklee, saya nekad jelah letak jawatan dan buat bisnes Shaklee bermula dari Julai 2012. Tapi saya mula fokus pada Januari 2013. Alhamdulillah, ramai ahli-ahli grup saya yang terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk suri rumahtangga, guru, kerani dan dari bidang professional yang lain teruja dengan pendapatan mereka dalam bisnes Shaklee. Ramai yang bercita-cita seperti saya untuk bekerja dari rumah dgn bisnes Shaklee nak jaga dan lihat anak-anak membesar depan mata, ada yang kena ikut suami bekerja dan perlukan income untuk perbelanjaan diri.
Visi Shaklee...
Misi Shaklee
Ahli-ahli grup saya yang berpendapatan 4 angka. Ada suri rumah sepenuh masa dan bekerja (Shaklee part time) dan tinggal jauh kat Johor pun ada (2 orang)... Mereka dapat award masa National Conference 2014 di Sunway Convention
Bukan takat bantu orang dengan bagi pendapatan sahaja, ramai juga customer berpuashati dengan vitamin-vitamin shaklee, dapat bantu mereka pulih dari sakit mereka dan paling glemer dapat bagi mereka gebu, kulit cantik, kurus, pulih dari ekzema dan banyak lagi la yang baik-baik aja...
Inilah antara ceritera saya dan kerja bantu orang selama saya terlibat dalam proses berdikari di kotaraya besar ni. Puas hati bantu orang melalui bisnes, lagi banyak kita bantu, lagi banyak kita dapat. Kita juga boleh buat amal lebih dengan sedekah-sedekah pada orang yang tidak mampu. Banyak duit banyak la sedekah kan???
Nak join saya dengan kerja-kerja bantu orang, hubungi lah saya bila-bila masa sahaja yer.
012.3736304
SITI
Pengasas Ctz & Partners, Beyond Millionaires













