Friday, September 21, 2012

Protein Shake - pejalkan otot

Pagi harini customer yang baru 4 hari amik Cinch Shake telah whatsapps: -

          'The shake that I promised n chilled in the fridge became yummier n the chocolate flavour       intensified! yummy!

Alhamdulillah, dia suka. Saya pun suka sebenarnya. Cinch shake ni ada 2 perisa, chocolate, cafe latte dan vanilla. Customer ini amik perisa coklat. Sama juga mcm saya. Satu sebab kenapa saya minum cinch shake adalah kerana saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Jadi saya tak mahu kurus menggeleber. Inilah sebab kenapa saya sendiri dan customer2 saya di syorkan untuk meminum cinch shake ini. Antara kebaikan lain cinch shake adalah merupakan makanan utuk mereka yang aktif, tinggi kandungan serat, memberi rasa puas dan kenyang serta mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Tanya diri anda adakah: -

i) adakah anda makan makanan yang sihat setiap hari?
ii) adakah anda makan secara tidak teratur?
iii) Adakah anda gemar memakan makanan ringan?
Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jika ya, Cinch Shake adalah jawapannya. Ia adalah cara mudah untuk mengekalkan berat badn ideal di samping rasanya yang lazat.

Hubungi saya harini: -
012-3736304
E: ctzibrahim@gmail.com

Thursday, September 6, 2012

Rahsia Awet Muda

Yaaa kita tak boleh nak larikan diri dari jadi tua. Tak ada ubat atau krim yang boleh jadikan kita muda selamanya.... opps, maybe boleh suntik botox! haha, jangan...itu haram.
Tapi proses penuaan itu boleh dilambatkan dan kadar kedutan pada wajah boleh dikurangkan. Ada yg amalkan macam-macam petua seperti buat masker dengan bahan-bahan natural. Shaklee ada produk terbaik untuk awet muda iaitu VIVIX.

Apa itu Vivix?
Vivix ialah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan politenol. Vivix mengandungi campuran untik botani Polygonum Cuspidatun, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apa khasiat Vivix?
1) Memperbaiki DNA - setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

2) Memperbaiki tenaga sel - Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3) Membantu menguatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini. Ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

HUBUNGI SAYA | SITI | 012 3736304 | ctzibrahim@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos dan menyembuhkan penyakit.

Friday, July 13, 2012

Anak sembelit

Kesian bila budak kecik susah nak membuang. Anak perempuan saya, Suci umur 2 1/2 tahun alami masalah ni. Sampai dia tahan berak sampai berhari2. Dah makin lama makin susah la nak kuar. Sampai berjam2 dok kat tandas, menangis tu tak payah nak citelah...sampai jiran 3 buah rumah pun boleh dengar. Bila keadaan ni berlaku, saya pun turut nangis. Pernah sekali balik kg kt kelantan, terpaksa bawak dia ke klinik, doktor guna ubat air (masuk ikut buntut), 2 tiub tapi tahi still tak kuar. Doktor terpaksa kuarkan tahi guna tangannya. Sedih sgt masa ni, Suci nangis meraung-raung.

Masalah suci ni sbb dia kurang makan dan kurang minum air putih. Air putih tu, dipaksa pun tak diminumnya. Pengasuh terpaksa bagi air oren atau sirap. Susu mmg kuat, kerap sgt. Mula2 ingat masalah susu penyebabnya, jadi saya tukar susu dia. Semua jenis susu yg ada dipasaran saya cuba. Semua tak jalan. Hinggalah kawan saya suruh saya cuba Shaklee meal shakes ni.

Alhamdulillah, sejak saya bagi dia minum ni semua masalahnya selesai. Lega rasa. Senang jer untuk bagi dia minum, saya campurkan 1 sudu teh dalam susunya sekali sehari, pagi/malam. Sekarang dia makan nasi setiap kali di ajak makan. Sembelitnya pun settle.

Meal shakes ni patut di ambil sbb satu keluarga boleh dapat manfaatnya. Meal shakes ni adalah makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Mengandungi 19 Vitamin utama dan mineral tambahan, kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak2 untuk membesar kuat dan sihat, cergas dan cerdas. Anak pun jarang demam, buat kita tambah tenang dan bahagia.

Tambahkan lagi bahagia, kita sbg ibu ni minum ni sekali sehari setiap pagi satu cawan untuk kecantikan kulit dan awet muda. Amalkan selalu....InsyaAllah satu keluarga dapat manfaatnya!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan nasihat percuma:
Siti 012-3736304 atau emel: ctzibrahim@gmail.com

Thursday, July 12, 2012

MILK BOOSTER SAYA DARI SHAKLEE

Anak lelaki ni kuat nyusu kan... itulah jawapan/soalan kalau orang tanya macam mana dengan baby? Hari ni hari ke-35, syukur Alhamdulillah sejak dua minggu lepas baby saya hanya diberi susu ibu jer, dah tak campur susu formula. Mula-mula haritu stress sampai beli susu formula sbb baby macam tak cukup susu, tidur sekejap-sekejap. Kalau makan nasi tu, tak sempat habis dia dah bangun. Tension jugak kan, dah la takde orang tolong, suami kerja... saya pantang dengan Suci (umur 2 1/2 tahun). Tau-taulah, budak 2 1/2 thn nye kerenah, banyakkkkk...kena layan dia lagi, baby lagi...adoiii

Vitamin sesuai amat perlu untuk kita yang menyusu baby nih. Pilihan terbaik setakat harini adalah dari Shaklee. Memang best lar...bukan stakat boleh banyakkan susu, baby pun tidur lebih lama (sbb susu lebih pekat dan mengenyangkan).

 Ni plak stok. Setakat ni ada 21 pax (4oz setiap satu). Stok ni akan terus bertambah...InsyaAllah ada 20hari lagi untuk mula keje, saya aim 40 pax. Mesti positif...

HUBUNGI SAYA untuk perkongsian lebih dan untuk tawaran harga vitamin mengikut budget anda.

SITI IBRAHIM 012-3736304 ~ EMEL: ctzibrahim@gmail.com

Wednesday, July 11, 2012

Kenapa badan kita perlu supplemen

7 sebab kenapa badan kita perlukan supplemen: -
  • badan kita perlukan vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  •  buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • zat makanan mudah hilang semasa proses engangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  • pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  • pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  • gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas mungkin, makan pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Kini pilihan di tangan anda. Shaklee menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dan terbaik tentang supplemen apa yang sesuai untuk anda.

Shaklee ada set mengikut keperluan harian bagi ibu mengandung, ibu menyusu, set bersalin/berpantang, kecantikan kulit, penjagaan dalaman wanita, kesihatan optimum, resdung/alegik/asma/enzema, untuk sistem pertahanan badan dan sebagainya.

Hubungi saya: - SMS/Whatsapps 012-3736304 / Email:ctzibrahim@gmail.com

Tuesday, July 10, 2012

Bersalin & Berpantang

Sakit dan serik ketika melahirkan susah untuk diceritakan. Hanya tuan punya badan yang memahami. Pengalaman melahirkan kali ini berbeza dari yang lepas kerana baby besar. Lahir dengan berat 3.7kg, baby yang kami beri nama Ahmed Deedat bin Zulkarnain amat sihat walafiat.

Terlepas sakit bersalin, berdepan pulak dengan tempoh berpantang. Dalam pantang saya perlu pastikan tidak demam dan sentiasa bertenaga sebab saya berpantang sendiri. Taula banyak kerja nak kena buat walau dalam pantang. mana nak basuh baju sendiri, baju anak, masak, mandikan anak. Pendek kata semua kerja2 rumah yang biasa di buat oleh suri rumah yang sihat. Kali ni lagila kena layan kerenah si kakak yang baru berumur 2 1/2 tahun.

Jadi saya pilih vitamin dari shaklee dan ternyata ia serasi dengan saya dan saya tidak berasa stress dan penat walaupun banyak kerja yang saya buat. Sempat jugaklah ngemas bilik...angkat katil bujang sendiri lagi... (*bahaya, tak boleh diamalkan)...


Setiap vitamin2 ni punya fungsi tertentu.
Vitamin B perlu untuk membantu meninggikan sistem pertahanan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Perlu sgt vitamin ni untuk saya sbb saya tak boleh stress walaupun melakukan banyak kerja.

Vitamin C fungsinya untuk mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah. Penting untuk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai anti-oksidan. Bertindak mengikut pelepasan masa.

Vitalea ni mengandungi 12 vitamin 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Tubuh kitakan perlukannya untuk kembali pulih dari kepenatan bersalin. Hanya ibu yang memahami apa tubuh kita rasa selepas bersalin.

Zinc complex membantu memeprcepatkan proses baik pulih luka, penting untuk kesuburan & bantu atasi masalah rambut gugur. Dengan ni tak payah lagi risau rambut gugur kalau terkena air liur baby.

Seminggu selepas bersalin, saya balik kampung untuk hantar mak. Ramai yang risau, takut saya demam dan sakit. Yelah, jauhkan. Dari KL ke Kelantan. Pastu balik semula ke KL lepas seminggu. alhamdulillah hingga harini saya sihat. orang pun pelik dengan saya, pantang macam tak pantang. Selalu berjalan sampai jiran sebelah rumah pun tegur.

Kalau berminat untuk dapatkan vitamin ni, bolehla hubungi saya. Harga dan nasihat terbaik saya janjikan...

SMS/Whatsapps: 012-3736304 / Email: ctzibrahim@gmail.com.

Wednesday, April 4, 2012

Hospital bersalin yang mana satu?

Saya dijangka bersalin pada 3 Jun 2012 dan masih lagi tercari-cari hospital yang sesuai dan menetapi citarasa saya. Bukan memilih sangat, tapi perlu jugak pilih yang sesuai agar semuanya senang. Dulu masa bersalinkan Suci yang kini berusia 2 tahun 4 bulan, saya bersalin di klinik swasta di Pinggiran Batu Caves. Bayarannya memang murah sangat dan doktornya juga berpengalaman. Tapi... saya tak gemar pada nurse yang bertugas waktu tu sebab dia tekan perut saya waktu nak bersalin tu. Kononnya untuk bantu saya. Entahlah....

Ada satu lagi hospital swasta di Taman Seri Gombak. Masa check up saya ke sana, doktornya perempuan. Charges untuk delivery dalam RM1500-2000. Boleh gak cuba yang ni.

Satu lagi pilihan kat Taman Sunway Batu Caves. Ada hospital swasta baru bukak kat situ. Kosnya dalam RM1500-2000 gak. Tapi masa pergi survey tu mcm sunyi sgt hospital tu, mcm takde orang...

Hajat dihati nak bersalin di Pusrawi, tapi tak tahu plak kosnya. mungkin mahal la kan sbb standard sikit. Tp apa salahnya sbb rasanya maybe ni anak yang last lah. Ofis cover RM2000, lebihnya duit sendiri lah. So, takdelah terasa bebannya. Ye tak??

Search This Blog