Tuesday, July 1, 2014

KES ROMPAK... JANGAN SAMPAI MASYARAKAT HILANG KEPERCAYAAN PADA PDRM!

Pada 26 June 2014 (Khamis), pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh jiran sebelah rumah En. Yusri pada  pkl 2.16 pagi. Masa ni kami semua tidur di tingkat atas. Saya terdengar bunyi 'vibrate' dari handphone suami saya berkali2. Terlihat saja nombor jiran, saya terus kejutkan suami.

Tak lama bercakap, suami melompat ke beranda dengan menyebut 'ALLAHU'AKBAR'. Dia bergegas turun, saya ikut dari belakang. Terperanjatnya tengok pintu rumah terbuka, pintu pagar terbuka dan kedua-dua kereta kami hilang, diambil perompak. Perompak tu jugak merembat TV LED 60' yang baru saja saya beli juga dompet suami saya berisi duit RM480 (Separuh darinya duit yang customer bayar utk order vitamin).

Jiran bagi no telefon balai Gombak. Lepas tu Suami keluar dengan motor utk ke balai polis Batu Caves. Tak lama, suami datang bersama-sama dua kereta peronda. Polis2 berbincang. Katanya mereka telah buat hebahan. Mereka berpecah utk mencari ke tempat berhampiran.

Dua kereta peronda sampai pkl 2.45 pagi

Saya jadi tak tentu arah. Kenapa perompak amik kedua-dua kereta? Macam tak percaya. Malam tu saya tidur agak lambat. Saya naik ke atas dalam pkl 1230 tgh malam. Suami memang tidur awal sbb kepenatan katanya. Biasanya suami tidur lambat. Kalau pun dia tidur awal, dia akan curi-curi turun ke bawah bila saya sudah tidur. Tapi tidak malam itu. Dia tidur dengan nyenyaknya.

Bila saya naik atas,saya tidak terus tidur. Saya ralit ber'whatsapp' dalam grup bisnes. Iyer, saya dengar bunyi pintu pagar kuat, tapi saya ingat itu pintu pagar rumah jiran. Kebiasaannya En Yusri balik lewat sbb dia kerja shift. Saya juga dengar alarm kereta suami saya berbunyi, saya sangka bunyi itu dari kereta honda jiran depan rumah kerana sememangnya bunyi sama. Tak lama lepas tu saya dengar bunyi kereta sgt kuat, saya sangka itu kereta dari atas.

Rupa-rupanya apa yg saya dengar semuanya dari rumah saya sendiri. Subhanallah... Perompak masuk melalui gril tingkap. Dia bukak nat2 gril dan masuk dari situ. Mereka jumpa kunci-kunci kereta dan kunci rumah yang saya simpan di dalam laci almari kasut berada ditepi pintu.

Kerugian yang saya alami lebih kurang RM220k (2 buah kereta Honda iaitu Honda Euro R dan Honda Stream Rsz, TV LED 60' Toshiba, Dompet suami, Laptop Sony Viao (dalam Honda Stream), 3 spek hitam suami jenama Rayban dan Timberland.

Oh yer, peronda polis yang datang bagitau kami untuk buat report esok pagi dan bawak geran kereta original. Suami saya juga bagitau, pegawai polis yang bertugas di Balai Batu Caves juga bagitau perkara sama, buat report esok pagi bawak geran original kereta.Bila pergi report esoknya di Balai Gombak, pegawai polis check rekod panggilan yang dibuat pagi tu. 

Dari Balai Gombak, kami diminta berjumpa Investigation Officer (IO) di IPD Gombak di Selayang. IO yang ditugaskan mengambil kes saya ialah Inspektor Ngooi. No Report GOMBAK/005265/14. Semasa berada di IPD Gombak, beberapa pegawai polis bagitau kenapa tak terus datang buat report pagi tadi? Suami saya bagitau la apa yang pegawai peronda dan pegawai polis di Batu Caves bagitau.

Report Police GOMBAK/005265/14

Pegawai polis datang amik cap jari di tingkap, tapi mengikut kata IO, cap jari tersebut tiada dalam rekod JPN. Pastu apa lagi PDRM boleh buat? Tiada apa-apa berita pun lagi. Dari 26 June 2014 hingga hari ini (2 July 2014) tangkapan masih belum dibuat. Saya masih menunggu dan menunggu.

Pada 26 June, pukul 11 malam, saya dapat call dari seorang lelaki dari JB yang mendakwa melihat kereta saya pada pukul 2.15 petang di depan plaza angsana, Johor. Pemanggil tu siap hantar gambar yang dia amik petangnya tu. Pemanggil tu tidak tahu yang kereta itu adalah kereta curi, dia amik gambar kerana minat dan suka. Memang, kereta suami saya Honda Euro R sangat cantik dan limited saya ada di Malaysia. Memang dalam kategori hot market lah. Pemanggil hanya sedar itu kereta curi bila dia bukak fb pada malamnya dan terus telefon saya. 

Pada pagi sabtu pula kawan saya yang berada di JB, bagitau terserempak dengan TAJ 810 di Jalan Pandan menuju ke Johor Town pada Jumaat petang semasa pulang dari kerja.  Pada hari Ahad, kawan kepada kawan saya bagitahu yang dia nampak TAJ 810 di Skudai. Pagi isnin, seorang sumber dari portal PEON JB bagitau ternampak di Desa Tebrau. Semua maklumat ini adalah SAHIH dan Semua maklumat-maklumat ini saya bagitau IO. Penyangak ini masih guna nombor plat yang sama. Sesungguhnya saya sangat hairan dan amat marah dengan PDRM kerana sampai sekarang mereka gagal memberkas perompak itu.

Di manakah letaknya kekuatan slogan polis 'BERSIH, CEKAP, AMANAH'? Sehingga sekarang tiada kabar mengenai kes saya. Mereka hanya tunggu kami bagi maklumat atau orang awam bagi maklumat baru nak bertindak. Kenapa tiada penyiasatan dibuat segera kerana lokasi kereta sudah diketahui. Kenapa???



Kereta-kereta yang dilarikan perompak adalah: -

1. HONDA ACCORD EURO R
    PLAT NO: TAJ 810
    KALER: PUTIH

2. HONDA STREAM RSZ
    PLAT: WWR 6004
    KALER: COKLAT

 Honda Euro R - TAJ 810 
 Gambar dari belakang yang di hantar oleh pemanggil dari JB. Pemanggil ni dari Kelab Honda ES. Terserempak di depan Jalan Angsana, JB

 Honda Stream Rsz - WWR 6004



Perompak masuk melalui tingkap ni. Mungkin malam tu tingkap ni tidak ditutup rapat 

Mangga masih disitu. Perompak membuka selak pagar sebelah kanan dan menolak dengan kuat hingga pagar terbuka walaupun mangga tidak dibuka. Kesilapan kami malam itu adalah tidak kunci pagar menggunakan rantai besi yang kelihatan itu

 Almari kasut ni berada di tepi pintu utama. Kunci-kunci semua diletakkan dalam laci nih

Tempat TV stand bersebelahan almari kasut

Saya mohon kepada anda semua, jika ternampak kereta-kereta saya, hubungi balai polis berhampiran dgn kadar segera dan boleh juga hubungi saya 0123736304 atau suami saya, Naem di 0173806004.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog